Thursday, October 2, 2014

Membuka buku baru

Assalammualaikum dan selamat malam.
Tak pernahkah terfikir ingin berubah menuju ke arah yang lebih baik? Namun sentimen ini hanya bermainan di fikiran saya sahaja. Saya selalu memberi ruang kepada diri sendiri dengan memberi pelbagai alasan. Apa yang akan terjadi pada masa hadapan? Dapatkah saya memikul tanggungjawab diri dan keluarga? Sebagai seorang lelaki, adalah tugas saya untuk turut membantu keluarga. Kadang-kadang apa yang kita perlukan adalah sedikit dorongan. Yang penting adalah kehendak masing-masing. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Tak lama lagi, peperiksaan percubaan stpm akan menjelang tiba lebih kurang 2 minggu lagi. Sudah cukup saya berfoya dengan segala kelekaan. sudah tiba masanya untuk tunjuk belang. Saya ingin buktikan kepada ayah saya, saya mampu meraih kejayaan. Oleh itu, saya juga akan mengucapkan selamat berusaha dalam menjalani kehidupan masing-masing. Kalau sesiap sempat membaca, saya mempersilakan kamu semua untuk meninggalkan komen. 2 post yang akan datang akan dituliskan dalam bahasa inggeris pula hehe :) Setiap 2 post akan selang-selang dengan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

No comments:

Post a Comment