Assalammualaikum dan selamat petang, saya baru sahaja selesai menyiapkan ujian karangan yang cikgu adakan. Kami diberi masa lebih kurang 1 jam rasanya untuk menyiapkan 2 karangan lengkap. Terkejut saya haha. Apa-apa pun dapat jugaklah saya siapkan karangan pertama. Saya agak berpuas hati dengan karangan pertama tetapi karangan kedua tu lain cerita..Karangan kedua tak sempat nak buat kesimpulan..
Apa nak buat masa dah habis. Saya tak rasa bersalah sangat sebab bukan saya sahaja yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang diber malah hampir seluruh kelas tak dapat siap! Adoi, bukan la satu benda yang perlu dibanggakan haha. Alhamdulillah, karangan saya bertambah baik. Nanti saya perlu rujuk semula karangan tu untuk membuat penambahbaikkan.(err betul ke tu ejaan) Saya berharap kamu semua dapat belajar dengan tekun.